Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan secara tidak jujur menerima atau menyimpan barang curi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.
Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Abdul Akbar @ Burhan bin Haji Donglah, 34, di hadapan Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 28 Ogos dan 16 September 2018, yang mana dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai kereta Nissan Navara itu adalah harta curi.
Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman.
Kes akan disebut semula pada 19 September.