Friday, July 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus Universiti Sydney ditutup, dan polis sedang menyiasat sama ada remaja tersebut dipengaruhi ideologi ekstremis.

    Menurut polis, remaja itu memakai pakaian seragam tentera apabila dia didakwa menikam seorang pelajar Universiti Sydney berusia 22 tahun di leher dengan pisau dapur.

    “Motif atau ideologi belum dapat ditentukan pada masa ini,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Mark Walton, sambil menambah bahawa tiada ancaman dilaporkan.

    “Ideologi yang mungkin berkaitan dengan aktiviti remaja ini tidak diketahui. Namun, saya akan mengatakan ia mungkin dikategorikan sebagai ideologi campuran dan tidak jelas. Ia pasti bukan ideologi berkaitan agama,” jelasnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...