Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes tipu: Bekas konstabel polis dipenjara 6 tahun, bayar $29,100

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang konstabel polis selepas perbicaraan atas pertuduhan menipu orang ramai dalam pelaburan dan penggubahan wang haram.

    Mahkamah juga memerintahkan bekas Konstabel Polis 5953 Mohamad Azri Al Azhar Edham Khalid untuk membayar pampasan kepada mangsa berjumlah $29,100, atau risiko menjalani hukuman penjara dua bulan dan dua minggu jika gagal membuat pembayaran.

    Terdahulu, defendan menafikan sembilan pertuduhan menipu dan tiga pertuduhan penggubahan wang haram.

    Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mendapati kes itu telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah oleh Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff terhadap defendan menipu dua mangsa bagi wang berjumlah $1,300 dengan menawarkannya secara tidak spesifik skim pelaburan.

    Defendan juga didapati bersalah kerana telah menipu seorang mangsa bagi jumlah $30,400 dengan berpura-pura melabur wang dalam perdagangan Forex.

    Siri penipuan defendan berlaku pada Jun 2018, dengan defendan menjanjikan pulangan bulanan untuk setiap perjanjian yang dibuatnya dengan mangsa.

    Defendan kemudian memindahkan $15,860 ke akaun bank isterinya dalam tiga kali transaksi pada Jun 2018.

    Defendan berjaya memberi $1,600 sebagai ganti rugi kepada salah seorang mangsa sebelum kes itu terbongkar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda