BRASILIA, 31 MEI – Bilangan kes koronavirus di seluruh dunia meningkat enam juta hari ini, dengan Brazil mencatatkan rekod baharu dalam jangkitan harian ketika perbezaan semakin memuncak tentang bagaimana untuk menangani pandemik.
Negara-negara Amerika Latin berdepan kesukaran berminggu-minggu ketika penyakit itu merebak pantas di seluruh rantau, malah tatkala kebanyakan negara di dunia menghentikan sekatan pergerakan (lockdown) yang telah memusnahkan ekonomi dan mengakibatkan jutaan kehilangan pekerjaan.
Di Brazil – pusat utama berlakunya wabak Amerika Selatan dengan hampir 500,000 kes disahkan, setelah Amerika Syarikat – percanggahan kalangan para pemimpin berhubung langkah lockdown telah menghambat usaha untuk memperlahankan virus ketika jumlah kematian di negara itu hampir 30,000.
Presiden Jair Bolsonaro, yang bimbang tentang kemelesetan ekonomi akibat langkah duduk di rumah akan menjadi teruk daripada virus itu, telah memaki para gabenor dan datuk bandar kerana mengenakan apa yang digelarnya ‘kezaliman kuarantin penuh’.
Ketika jumlah kematian global akibat pandemik melebihi 368,000, keputusan Presiden AS, Donald Trump untuk tetap memotong pembiayaan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluasnya dikritik.
Bilangan kes disahkan di seluruh dunia sudah pun lebih enam juta, menurut jumlah AFP.
“Kini masanya adalah untuk mempertingkatkan kerjasama dan penyelesaian bersama,” menurut Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kenyataan, menambah: “Tindakan-tindakan yang melemahkan keputusan antarabangsa harus dielakkan.”
Trump pada awalnya menangguhkan pembiayaan kepada WHO bulan lalu, menuduhnya belum cukup bekerja keras mengekang penularan awal virus dan terlalu bersikap lembut dengan China, tempat bermulanya COVID-19 lewat tahun lalu. – AFP