Oleh Syahmi Hassan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Majistret Syaffina binti Shahif telah menangguhkan kes terhadap seorang warga Indonesia yang menafikan menyerang anggota polis yang bertugas, kelmarin.
Mahkamah telah menetapkan 6 Mei bagi penetapan tarikh perbicaraan kes tersebut.
Puji Kurniawan, 26, didakwa mencederakan seorang anggota polis dengan menggigit lengan kirinya pada 1 April lalu di Balai Polis Berakas, menurut mahkamah.
Menurut Pendakwa Raya Nurul Husna binti Abidin, defendan dikatakan telah ditangkap selepas majikannya memfailkan laporan mengatakan bahawa dia telah melarikan diri.
Dakwaan seterusnya mengatakan bahawa semasa penangkapan itulah defendan menggigit lengan anggota polis berkenaan.


