Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes Yingluck: Ribuan polis diarah berkawal

    Gambar fail pada 5 Ogos 2011 menunjukkan penyokong bekas pemimpin buruan Thaksin Shinawatra, menjerit dengan slogan semasa mereka berkumpul untuk menyokong Yingluck selepas dia disabitkan di parlimen di Bangkok. – AFP

    BANGKOK, 23 Ogos – Kira-kira 4,000 anggota polis akan ditugaskan di dalam dan di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Agung di Chaengwattana di sini pada Jumaat ini apabila mahkamah menyampaikan keputusan kes kontroversi melibatkan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

    Ketua Polis Bangkok Lt. Jen Sanit Mahathavorn berkata pasukan itu akan mengerahkan 24 kompeni polis untuk menjaga keselamatan awam pada hari berkenaan.

    “Kami akan adakan tiga pusat pemeriksaan di pintu masuk kompleks kerajaan Chaengwattana bagi menjaga keselamatan awam,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat keselamatan mengenai persediaan untuk hari berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Jen. Srivara Rangsibrahmanakul di  Polis Metropolitan Bangkok di sini.

     

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

     

    http://digital.mediapermata.com.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda