Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesabaran Mkhitaryan berbaloi

    MANCHESTER, 31 Mac – Henrikh Mkhitaryan menegaskan bahawa dia tidak pernah bimbang mengenai kerjayanya di Manchester United, meskipun mengalami permulaan perlahan di Old Trafford.

    Pemain perancang United itu hanya membuat satu penampilan sebagai pemain simpanan dalam tempoh dua bulan setengah di awal musim ini ketika dia bergelut untuk mencapai tahap kecergasan selepas tiba dari Borussia Dortmund. Tetapi, ketika pemain Armenia itu membuat persiapan bagi perlawanan di gelanggang sendiri menentang West Bromwich Albion Sabtu ini, pemain berusia 28 tahun itu mendakwa dia tidak pernah bimbang mengenai kedudukannya dalam rancangan Jose Mourinho.

    “Hidup ini tidak bermakna jika tiada kesukaran,” kata Mkhitaryan.

    “Semua orang perlu mampu menangani kesukaran dan saya tidak terkecuali. Tetapi Ia tidak begitu sukar bagi saya mengatasi kesukaran ini kerana saya tahu bahawa pastinya saya akan mendapat peluang bermain.

    “Ya, terdapat beberapa kes di mana seseorang berdepan masalah yang lebih sukar, tetapi dia perlu bersedia menghadapinya. Saya hanya menunggu peluang saya. saya berusaha dan terus berusaha, menunggu peluang saya, mendapatkannya dan memanfaatkannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda