Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesalahan memberi makan kucing?

    WETUMPKA, ALABAMA, 14 DIS – Dua wanita dijadual dibicarakan di mahkamah bandar Alabama di mana mereka dituduh melakukan kesalahan kecil dalam usaha memberi makanan kepada kucing terbiar.

    Mary Alston, 60, dan Beverly Roberts, 84, ditahan dan dibawa ke penjara oleh polis di Wetumpka pada musim panas. Ketua polis berkata wanita berkenaan telah diberi amaran supaya jangan memberi makan kepada haiwan terbiar.

    Perbicaraan ditetapkan pada Selasa di Mahkamah Perbandaran Wetumpka. Kedua-dua wanita, yang ditahan di premis awam, berdepan tuduhan melakukan kesalahan kecil, lapor Pengiklan Montgomery.

    Terry Luck, peguam salah seorang wanita, berkata mereka melakukan khidmat awam dengan memerangkap kucing terbiar dan kembiri haiwan tersebut.

    “Terdapat banyak cara masalah ini boleh diatasi tanpa menahan wanita berkenaan dan dibawa ke penjara,” kata Luck.

    Ketua Polis Wetumpka, Greg Benton berkata memberikan makan kepada kucing telah menimbulkan gangguan kerana ia menarik lebih banyak haiwan ke kawasan itu. Dia berkata kedua-dua wanita telah diberi amaran ‘berkali-kali’ supaya menghentikan perbuatan mereka sebelum ditahan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda