Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KESAN anjur bengkel, tingkat peluang pekerjaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Bagi meningkatkan peluang belia untuk mendapatkan pekerjaan, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) hari ini telah menganjurkan siri bengkel bertajuk ‘Mandiri: Employability Series’ yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara.

    Siri pertama dalam bengkel tersebut iaitu Crucial Conversations: How to Communicate Effectively in Difficult Situations, para peserta telah mempelajari cara-cara menangani perbincangan yang melibatkan pihak yang berbeza pendapat, nilai dan pemahaman, seperti yang dialami di sekolah, tempat bekerja dan dalam kehidupan seharian.

    Bengkel tersebut juga mengetengahkan kemahiran komunikasi sebagai kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh calon pekerja.

    Penyelaras Program Mandiri, Nurul Hadina binti Haji Alias menjelaskan, “Salah satu objektif program ini adalah untuk memperkasa dan melengkapkan belia dengan kemahiran insaniah untuk pembangunan diri supaya mereka akan dapat menyumbang kepada masyarakat.

    Antara yang menyertai bengkel tersebut.
    Antara yang menyertai bengkel tersebut.
    Dayang Syazwina ketika menyampaikan ceramah pada bengkel itu.
    Dayang Syazwina ketika menyampaikan ceramah pada bengkel itu.

    “Kami percaya bahawa meningkatkan peluang mendapat pekerjaan di kalangan belia akan dapat memenuhi peranan mereka sebagai peneraju perubahan. Maka dengan itu, ‘Mandiri: Employability Series’ telah diwujudkan,” jelasnya lagi.

    Bengkel tersebut mengandungi tiga program, di mana dua program lain akan dijalankan dalam tahun ini.

    Program Mandiri mengambil kira pelbagai latar belakang peserta, daripada pelajar universiti ke pekerja sektor kerajaan dan swasta. Program tersebut juga menggabungkan kaedah pembelajaran melalui perkongsian teori dan aktiviti praktikal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda