Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan bau pelik, periksa bawah enjin

    Bencana banjir yang berlaku akibat musim tengkujuh atau hujan lebat yang berterusan sememangnya akan membuatkan ramai pemilik kenderaan bimbang dan panik.

    Mengimbau kembali fenomena banjir besar membabitkan beberapa buah negeri di Malaysia pada 2021, ratusan ribu kenderaan rosak dan tersadai sehingga menyebabkan rata-rata pemilik kenderaan kerugian, apatah lagi selepas tuntutan tidak boleh dibuat kerana tidak memiliki perlindungan peril khas (bencana alam) dalam pelan insurans kenderaan.

    Sebahagian pemilik kenderaan yang keretanya terjejas akibat ditenggelami banjir akan mula menjual kenderaan mereka itu. Ia bukanlah satu perkara yang asing untuk dilakukan, bahkan kerap juga dibuat di mana-mana negara luar.

    Justeru di dalam perkongsian dari blog BJAK akan memberikan beberapa tip kepada awda bagi mengenal pasti kereta pernah tenggelam banjir untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan.

    Oleh itu, berikut merupakan beberapa tip untuk mengenal pasti sama ada sesebuah kereta itu pernah tenggelam akibat banjir:

    Ramai individu risau untuk meredah hujan lebat semasa memandu kenderaan di jalan raya. – Freepik
    Gambar Envato

    • Periksa badan kenderaan bagi melihat kesan mahupun tanda air.
    • Cek atau kesan jika ada sebarang bau pelik pada kenderaan.
    • Periksa bahagian enjin dan juga bawah kenderaan untuk lihat sama ada wujud sebarang kesan pra-karat.
    • Teliti kerusi, karpet kereta dan barang dalaman dan aksesori kereta yang lain termasuk but belakang untuk periksa sama ada terdapat sebarang kekotoran atau kerosakan.
    • Periksa bawah karpet dan bahagian dalam panel pintu untuk melihat sama ada terdapat sisa lumpur atau tanda kerosakan lain.
    • Uji semua peralatan elektrik dan butang dalam kabin kereta bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
    • Paling penting, buat semakan atau periksa dengan pihak berkaitan mengenai sejarah kenderaan tersebut. Tahu juga sama ada ia pernah ada tuntutan insurans khususnya berkaitan banjir.

    RISIKO BELI KERETA PERNAH TENGGELAM BANJIR

    Boleh menyebabkan masalah kesihatan

    Jika kereta yang pernah ditenggelami banjir tidak dibersihkan dengan betul, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang berbahaya.

    Ini kerana air banjir biasanya dipenuhi dengan kuman dan kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna oleh pemilik sebelum ini, ia boleh mengakibatkan bakteria yang berbahaya dan juga bau yang tidak menyenangkan berlegar dalam ruangan kereta.

    Keadaan kereta yang lembap juga boleh menyebabkan kewujudan kulat yang seterusnya mungkin akan mendatangkan masalah pernafasan kepada pengguna lain.

    Waranti terbatal

    Biasanya, waranti dari pihak pengeluar kereta akan menawarkan perlindungan untuk masalah tertentu seperti kerosakan mekanikal dan elektronik sahaja dan tidak meliputi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir.

    Jika kereta telah ditenggelami banjir, waranti secara automatik akan terbatal. Tanpa waranti, awda sebagai pemilik baharu mungkin perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk membaiki kerosakan yang ada pada kereta tersebut.

    Masalah pada enjin

    Apabila air banjir sudah masuk ke bahagian dalam enjin, ia akan bercampur dengan minyak yang berada di dalam enjin dan seterusnya mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman enjin.

    Apabila terdapat kerosakan pada komponen dalaman enjin, ia berisiko menyebabkan berlakunya kemalangan pada masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda