Kesan bercukur terlalu kerap

Memiliki kulit wajah yang bersih merupakan impian setiap individu, golongan jejaka juga tidak terkecuali.

Bagaimanapun, dalam beberapa perkara lelaki lebih cenderung mengambil jalan mudah kerana menyifatkan rejim penjagaan wajah adalah melecehkan. Tanpa disedari, sikap sambil lewa boleh menjejaskan kulit wajah pada jangka masa panjang. Justeru, di sini terdapat empat tips yang boleh diamalkan bagi memastikan keadaan kulit wajah kekal sihat dan anjal.

1) Pelindung ultra violet

Sebelum melakukan sebarang tugasan di luar rumah pastikan kulit wajah dilapisi dengan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinaran radiasi ultraviolet (UV).

Tabiat tidak menyapu krim pelindung UV boleh mengakibatkan pigmentasi dan masalah kulit terbakar termasuk mempercepatkan kadar penuaan.

2) Krim pelembap

Selain krim pelindung matahari, lelaki juga disarankan memakai krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah. Ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapan dan membekalkan vitamin pada kulit wajah supaya kelihatan segar dan sihat.

3) Kerap bercukur menyebabkan iritasi

Bagi lelaki yang gemar memiliki sedikit bulu pada bahagian muka, kemaskan ia dengan menggunakan pencukur secara berkala.

Jangan terlalu kerap membuang bulu pada muka kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan.

4) Bersihkan bulu hidung

Selain bulu pada muka aspek kebersihan bulu kening dan bulu hidung juga wajar dititikberatkan bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada individu sekeliling.

Memadai kemaskan bulu kening agar tidak tampak serabut dan jangan sesekali mencukurnya sehingga hilang bentuk aslinya. Lagipun tidak sesuai lelaki cukur kening. – Agensi

Bagi lelaki yang gemar memiliki sedikit bulu pada bahagian muka, kemaskan ia dengan menggunakan pencukur secara berkala. – Agensi