Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan buruk dari tabiat menggigit kuku

    TABIAT seorang kanak-kanak menggigit kuku memang kelihatan seperti biasa namun sebenarnya ia boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah.

    Selain itu, anak anda juga berisiko untuk mengalami keracunan, ekoran daripada kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.

    Kuku merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E.coli mahupun bakteria salmonella.

    Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik dicelah-celah kuku. Malah, ia juga boleh menyebabkan beberapa kesan yang buruk seperti berikut:-

    Cirit-birit

    Ketika anak menggigit kuku, bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus.

    Tabiat menggigit kuku dalam kalangan kanak-kanak setentunya dapat memberikan kesan buruk pada kesihatan mereka.
    Tabiat menggigit kuku dalam kalangan kanak-kanak setentunya dapat memberikan kesan buruk pada kesihatan mereka.

    Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.

    Flu

    Mengigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.

    Infeksi kulit

    Di samping itu, kanak-kanak yang kerap menggigit kuku juga berisiko untuk mengalami ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahaan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.

    Kesihatan gigi

    Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi untuk menyebabkan gigi patah atau merosakkan lapisan gigi.

    Tips elak anak menggigit kuku

    Beri amaran secara lembut.

    Semasa si kecil mulai untuk mengigit kukunya, anda perlu memberi amaran untuk menghentikan aktiviti atau memberikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak berasa dipermalukan.

    Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.

    Alih perhatian.

    Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuataan kebiasaanya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil.

    Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya.

    Potong kuku.

    Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang supaya anak tidak akan mengigit kukunya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda