Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kesan lendir siput bawa kepada barangan seludup

    BERLIN, 16 SEPT – Pegawai kastam Jerman berkata kesan lendir membawa mereka kepada tempat tersembunyi hampir 100 siput tanah Afrika serta barangan lain yang disorok dalam beg di Lapangan Terbang Duesseldorf pada bulan ini.

    Dalam satu kenyataan hari ini, pihak berkuasa berkata pegawai menemui salah seekor siput dalam trak bagasi dan pada mulanya menyangka ia adalah barang mainan sehingga ia mula bergerak.

    Dengan mengikut kesan lendir yang ditinggalkan oleh siput sepanjang 8 inci, mereka menemui beg berlubang, dengan seekor siput muncul dari lubang tersebut, kemungkinan bersedia untuk keluar.

    Pegawai menemui enam beg kesemuanya yang mengandungi 93 siput gergasi, 28 kilogram ikan dan daging salai, dan sebuah beg pakaian penuh dengan daging busuk.

    Kesemuanya telah diimport dari Nigeria dan dalam perjalanan ke kedai Afrika di barat Jerman.

    Siput-siput tersebut telah diserahkan kepada perkhidmatan selamatkan haiwan di Duesseldorf dan daging dihapuskan, kata pegawai kastam.

    “Tidak pernah dalam sejarah pejabat kastam Duesseldorf di mana kesan lendir membawa kami kepada barangan seludup,” kata jurucakap Michael Walk. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...