Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, laporan mengenai pekerja lelaki warga Indonesia, M Angga Bayu Pratama berusia 24 tahun, dengan nombor pasport C4057534, dan pekerja perempuan warga Indonesia, Ningsih Helen yang berusia 28 tahun, dengan nombor pasport C9442392, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan pekerja-pekerja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.



