Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, laporan mengenai pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Siti Hawa binti Awahab Ibrahim yang berusia 41 tahun dengan nombor pasport, C8834402 telah dibuat di Balai Polis Tutong.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221206, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Siti Hawa. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...