Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan empat orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB di sini, laporan mengenai Widya Ockto Syafira dengan nombor pasport E2133101; Shah Jalal, 33, dengan nombor pasport BX0624778 dan Kasem, 32, dengan nombor pasport EK0961005 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Manakala itu, laporan mengenai Abu Seddek, 36 telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai para pekerja warga asing berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, Balai Polis Sungai Liang melalui talian 3230250, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/Abu-Seddek-755x1024.jpg)