Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan tiga pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai seorang pekerja perempuan warganegara Filipina, Maricel Malto Moreno yang berusia 45 tahun dengan nombor pasport, P0579459A, yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Manakala itu, laporan juga dibuat di Balai Polis Kuala Belait, Daerah Polis Belait mengenai dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Rubel Hossen yang berusia 39 tahun dengan nombor pasport, BR0831933 dan Md Golam Azam Chowdhury yang berusia 29 tahun dengan nombor pasport, EB0484056, juga dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin untuk mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai ketiga-tiga individu berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian, 2242334, Balai Polis Kuala Belait, Daerah Polis Belait melalui talian, 3334324 atau talian kecemasan polis, 993 dan mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

    Maricel Malto Moreno.
    Md Golam Azam Chowdhury.
    Rubel Hossen.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda