Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesedaran sekuriti dalam penggunaan telefon bimbit

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran sekuriti dalam penggunaan telefon bimbit dan teknologi maklumat bagi warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Cawangan Sekuriti Pertahanan telah mengadakan Taklimat Kesedaran Sekuriti Teknologi Maklumat dan Ancaman dalam Penggunaan Telefon Bimbit selama dua hari bermula kelmarin di Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, pemerintah tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Taklimat Kesedaran Sekuriti Teknologi Maklumat dan Ancaman dalam Penggunaan Telefon Bimbit yang diadakan di Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu, kelmarin.
    Taklimat Kesedaran Sekuriti Teknologi Maklumat dan Ancaman dalam Penggunaan Telefon Bimbit yang diadakan di Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu, kelmarin.

    Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dalam ucapannya menekankan kepentingan teknologi maklumat serta aplikasi mudah alih sebagai pemudah cara dalam pekerjaan seharian tetapi rangkaian perhubungan melaluinya juga mendedahkan pengguna kepada ancaman jika digunakan dengan cuai.

    Selain daripada taklimat kesedaran tersebut, satu pameran mengenai ancaman sekuriti telefon bimbit dan teknologi maklumat juga diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda