Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesedaran terhadap nilai seni

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Bersempena dengan meraikan ulang tahun Projek EMERGE, Creative Space Gallery & Studio telah mengadakan aktiviti seni awam dan acara kebudayaan ‘Art Fair’ yang berlangsung di Dermaga Diraja, di ibu negara, hari ini.

    Acara berkenaan akan diadakan pada setiap hari Ahad pada setiap hujung bulan sepanjang tahun ini. Art Fair berkenaan diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman antara masyarakat seni dan juga orang ramai.

    Sepanjang Pameran Art Fair berkenaan, Creative Space Gallery & Studio menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai yang berkunjung seperti Colour Pop dan Cube Jam yang mana aktiviti berkenaan diadakan untuk menarik minat orang ramai dalam bidang seni dan untuk menunjukkan bakat kreatif mereka.

    Antara pameran-pameran kesenian yang dipaparkan sepanjang Art Fair tersebut.
    Antara pameran-pameran kesenian yang dipaparkan sepanjang Art Fair tersebut.
    Orang ramai yang menyertai aktiviti Art Fair, kelmarin.
    Orang ramai yang menyertai aktiviti Art Fair, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda