Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kesejahteraan pelajar di luar negara sentiasa dipantau

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Sehingga hari ini, seramai 1,970 orang pelajar yang berdaftar untuk belajar di luar negara dengan 1,000 pelajar sudah berada di negara pengajian dan hanya tinggal 970 yang masih berada di Negara Brunei Darussalam.

    Pemangku Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh mengongsikan statistik jumlah pelajar yang berdaftar untuk belajar di luar negara pada sidang media di Dewan Al-’Afiah di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau turut mengongsikan antara langkah Kementerian Pendidikan untuk memastikan kesejahteraan pelajar Brunei Darussalam di luar negara dengan mengambil kira kes COVID-19 terutama yang dijangkiti oleh varian Omicron.

    “Kementerian Pendidikan melalui Ataci pendidikan dan perwakilan Negara Brunei Darussalam memang sentiasa memantau keadaan dan hal ehwal keselamatan pelajar di luar negara.

    “Jika mereka ini diperlukan untuk hadir secara bersemuka di universiti masing-masing, mereka akan pergi semula ke negara pengajian,” jelas beliau.

    Di kesempatan itu, beliau turut menyarankan pelajar yang akan pergi ke negara pengajian mereka untuk membuat pendaftaran di Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa supaya keberadaan mereka dapat dipantau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...