Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keselamatan diperketat semasa acara maraton

    NEW YORK, 5 Nov – Lima hari selepas serangan terburuk di New York sejak 11 September, bandar New York dipenuhi oleh 2.5 juta orang penonton yang akan menyaksikan dan memberi sokongan kepada 50,000 orang peserta maraton yang datang dari seluruh dunia.

    Bandar New York dilengkapi dengan keselamatan dan tempat letak kereta dipenuhi dengan trak yang berisi pasir untuk mengelakkan serangan trak berlaku dan beberapa orang polis mengawal di atas bumbung bangunan serta pasukan anti-sniper mengatur tempat.

    Beberapa orang polis tidak beruniform juga berlegar di sepanjang jalan dan menjadi sebahagian daripada penonton.

    Keselamatan diperkuatkan lagi sejak serangan maraton Boston pada 2013 apabila dua urang pemuda warga Chechnya meletakkan dua biji bom berhampiran dengan garisan penamat dan telah membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 250 orang yang lain.

    Maraton yang diadakan pada ahad menunjukkan penduduk New York bersama-sama berkumpul melawan ketakutan sejurus selepas serangan yang berlaku di bandar terkemuka New York.

    Peserta maraton akan melalui lima buah laluan utama di Taman Manhattan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda