Thursday, May 22, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keselamatan menunggang basikal perlu diutamakan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 24 Mac – Memastikan kesihatan terjamin sebelum menunggang basikal, merupakan salah satu panduan yang penting bagi para peminat aktiviti berbasikal demi keselamatan setiap individu.

    Selain itu, sangat perlu untuk mereka mempunyai basikal yang dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

    Presiden Kelab Berbasikal Belait (BCC), Awang Mohd Sufrizal Haji Hamdan @ Bob semasa ditemui Media Permata hari ini, juga berkata, setiap ahli kelab mereka sudah diberikan kefahaman sepenuhnya untuk menunggang basikal dengan memakai semua peralatan keselamatan seperti topi keledar keselamatan dan sebagainya.

    Ditemui selepas membuat latihan untuk penyertaan kelab mereka ke acara berbasikal di Miri pada bulan depan, Awang Mohd Sufrizal berkata, setiap latihan berbasikal yang dilakukan, beliau akan memastikan tahap keselamatan diutamakan dalam menunggang basikal.

    Menurut beliau, memandangkan aktiviti berbasikal pada masa ini sudah semakin menjadi kegemaran ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini, setiap penunggang basikal juga perlu untuk didedahkan kepada pengetahuan tentang keselamatan berbasikal dan kegunaannya semasa menunggang basikal yang telah ditetapkan untuk dipakai terutama berbasikal pada waktu malam dan sebagainya.

    Antara ahli BCC semasa menyertai acara berbasikal di luar negara.
    Antara ahli BCC semasa menyertai acara berbasikal di luar negara.

    Ke arah itu, katanya, perlu lebih diperbanyakkan acara-acara jerayawara keselamatan penunggang basikal, terutamanya ia turut perlu diketengahkan kepada penunggang-penunggang basikal biasa lainnya seperti yang menunggang basikal untuk pergi ke tempat kerja dan sebagainya yang masih terdapat sebilangan mereka tidak memakai topi keledar pelindung dan lainnya, supaya terjamin keselamatan mereka semasa berada di jalan raya.

    “Selain itu, juga lebih baik jika disediakan lorong khas penunggang basikal di kawasan-kawasan jalan raya yang ada, supaya akan lebih terjamin keselamatan kami sebagai penunggang basikal.

    “Terutama sekali semasa membonceng basikal di waktu malam dan mungkin juga digantungkan kain-kain rentang untuk kesedaran ramai tentang keselamatan para penunggang basikal serta pengagihan risalah-risalah keselamatan. Jika diadakan acara jerayawara keselamatan, penunggang-penunggang basikal biasa juga perlu dijemput sama berserta majikan-majikan mereka,” katanya.

    Menurutnya lagi, masih ramai dalam kalangan penunggang basikal biasa yang terdapat di jalan-jalan raya tidak memakai topi keledar keselamatan atau tidak mengenakan pakaian yang berwarna cerah terutama pada waktu malam.

    “Mereka seperti tidak mementingkan keselamatan diri dan ia boleh membebankan pengguna-pengguna jalan raya lainnya, kerana tidak jelas melihat penunggang basikal di waktu malam, laluan yang digunakan adalah di arah yang salah dan sebagainya.

    “Para pengguna perlu berhati-hati menunggang basikal di kawasan yang selalu terjadi kemalangan, peka dengan keadaan jalan raya, licin, berpasir, berlubang, berbatu, selekoh, air bertakung, simpang dan lainnya. Ia merupakan panduan yang perlu dipatuhi semasa menunggang basikal dan sebagai ahli-ahli kelab berbasikal dan penggemar berbasikal memang sentiasa kami pegang dan ingati, tetapi yang masih membimbangkan kami ialah penunggang basikal biasa yang dilihat tidak mematuhi panduan berkenaan,” tambahnya.

    Menyentuh tentang kawasan jalan yang digunakan untuk latihan atau berbasikal secara rutin dalam kumpulan, Awang Mohd Sufrizal memberitahu, mereka akan menggunakan jalan lebuh raya yang lebih lebar seperti di kawasan Bypass Lumut ke Sungai Liang dan Jalan Labi atau bagi kawasan Daerah Belait, mereka menggunakan Jalan Singa Menteri menuju ke kawasan RPN Kampung Panaga 2000.

    “Sebagai penggemar sukan berbasikal, kami juga amat gembira kerana aktiviti berbasikal kini sudah semakin popular dan akan menjadi aktiviti sukan yang kian digemari ramai, di samping sebagai sebuah kelab berbasikal, kami juga sentiasa aktif menyertai acara-acara berbasikal yang diadakan di dalam dan luar negara. “Kami sentiasa mengadakan latihan dan bercadang akan membuat aktiviti melatih belia-belia muda dalam berbasikal secara profesional dan sebagainya,” ujarnya.

    Aktiviti berbasikal merupakan satu riadah yang dapat memperbaiki tahap kesihatan diri, selain itu ia juga menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya, kerana sering dilaksanakan secara beramai-ramai malah mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/