Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Keselamatan negara perlu diutamakan’

    CANBERRA, Australia, 16 April – Perdana Menteri Australia berkata hari ini bahawa halangan masih ada untuk menghantar balik tiga orang anak yatim warga Australia iaitu anak-anak kepada seorang pengganas dari kem pelarian Syria yang telah disabitkan dengan kesalahan, dari kem pelarian Syria dan kepentingan keselamatan negara mesti didahulukan.

    Perdana Menteri Scott Morrison berkata Australia sedang bekerjasama dengan Pasukan Palang Merah untuk menghantar balik tiga orang kanak-kanak dan dua cucu kepada pejuang kumpulan Islamic State (IS) yang telah dibunuh, Khaled Sharrouf dari kem al-Hawl di timur laut Syria.

    “Kepentingan keselamatan negara Australia sentiasa diutamakan terlebih dahulu,” Morrison memberitahu Radio FiveAA.

    “Banyak halangan untuk menyelesaikan perkara ini dan rakyat Australia boleh berpuas hati bahawa kami akan mengikuti secara dekat proses-proses itu.

    “Morrison sedang berkempen bagi parti campuran konservatifnya untuk dilantik semula bagi penggal ketiga bagi tempoh tiga tahun, pada 18 Mei. Beliau mengatakan kerajaan beliau lebih kukuh berhubung keselamatan kebangsaan dan perlindungan sempadan daripada parti pembangkang berhaluan sederhana, Parti Buruh.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda