Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kesempatan dalam sebuah kesempitan

    ULASAN OLEH RUZAINI HJ DAUD

    KONFLIK perebutan hati dan hasad dengki jelas menjadi intipati yang diterapkan dalam sebuah drama terbaru, Mona Lisa yang diadaptasi daripada sebuah drama Korea berjudul Two Women’s Room.

    Drama arahan Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada ini menampilkan gandingan Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam sebagai pelakon utama.

    Selain itu, ia turut menampilkan lakonan hebat Amyza Adnan, Iman Suhana, Roy Azman, Laila Nasir, Elmy Moin, Fatin Afeefa, Shah Radhi Hazvee, Shahriza Mahmud, Norsuhana, Abdullah Helmy dan Zulkili.

    Ia mengisahkan mengenai Melissa lakonan Zara Zya, seorang wanita jelita yang mempunyai segala-galanya dan juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah lima bintang.

    Beliau juga mempunyai teman lelaki bernama Johan lakonan Nazim Othman yang juga merupakan pengurus besar di hotel berkenaan.

    Barisan pelakon utama siri Mona Lisa yang terdiri dari Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam dan Zara Zya.

    Kehidupan beliau yang sempurna mula berubah apabila seorang wanita bernama Ramona lakonan Mona Allen muncul dalam hidupnya.

    Melisa dan Ramona mula berkawan, tetapi secara diam Ramona sebenarnya begitu mencemburui kehidupan yang Melisa miliki dan merancang untuk merampas kebahagian tersebut.

    Konflik sebenar bermula apabila Melisa membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan mempertahankan hak beliau.

    Lalu apakah kesudahan kisah dalam drama yang penuh konflik ini dan untuk mengetahuinya, anda harus terus menonton siri drama Mona Lisa yang bersiaran sebanyak 80 episod ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini