Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesempitan hidup punca bunuh diri

    NEW DELHI, 31 Julai – Tujuh sekeluarga termasuk dua anak damit di timur India dijumpai mati tergantung di dalam sebuah rumah dalam kejadian yang disyaki sebagai kes pembunuhan besar-besaran, kata polis.

    Keluarga yang ditemui mati di Ranchi, ibu kota negeri Jharkhand itu termasuk dua wanita serta tiga lelaki bersama dua kanak-kanak terbabit.

    “Siasatan awal menunjukkan ia tindakan bunuh diri. Kami juga menjumpai nota bunuh diri yang menunjukkan kepada keadaan kewangan keluarga,” kata ketua penguasa kanan Ranchi, Anis Gupta kepada AFP.

    Menurut Gupta, dua daripada lelaki itu salah seorangnya sudah berkahwin dan membantu yang lain membunuh diri sebelum membunuh diri mereka.

    Polis Ranchi berkata, tidak ada tanda pencerobohan atau kehadiran orang luar di rumah itu dan nota tulisan tangan yang ditinggalkan mendedahkan tekanan dan masalah kewangan yang dialami keluarga itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda