Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kesemua 23 peserta GSF Malaysia selamat

    PUTRAJAYA, 5 OKT – Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah tiba di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel awal pagi kelmarin, menurut Kementerian Luar.

    Kumpulan itu berlepas dari Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat, Israel pada jam 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada jam 3.40 petang waktu tempatan.

    “Kesemua rakyat Malaysia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Mereka akan berada di Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke Malaysia pada 5 atau 6 Oktober,” menurut kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu.

    Kementerian Luar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau yang tegas serta usaha tanpa mengenal penat lelah dalam memastikan pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan.

    Malaysia juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas peranan penting dan sokongan yang diberikan, serta kepada Kerajaan Jordan, Mesir, Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN yang mempunyai Kedutaan di Tel Aviv atas bantuan berharga mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia.

    Wisma Putra juga menghargai usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan pasukan Sumud Nusantara yang dengan semangat dan dedikasi mereka telah menyerlahkan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin.

    Menurut Wisma Putra, walaupun flotila itu tidak berjaya sampai ke Gaza, misi berkenaan berjaya meningkatkan lagi kesedaran antarabangsa mengenai sekatan haram oleh rejim Zionis Israel. 

    “Penyertaan rakyat Malaysia dalam misi ini menegaskan semula komitmen negara dalam menyokong perjuangan Palestin serta menentang kekejaman, kebuluran, bencana kemanusiaan yang tragik dan kemusnahan yang sedang berlaku di Gaza.

    “Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kerjasama bagi memastikan usaha kemanusiaan sentiasa dilindungi dan solidariti global untuk Palestin terus diperkukuh,” menurut Wisma Putra. – Bernama

    Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika sidang media perkembangan terkini 23 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla (GSF). Peserta Malaysia kini selamat. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...