Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesemua 67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat ditemukan

    WASHINGTON, 5 FEB – Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington DC minggu lalu, lapor Xinhua memetik media AS kelmarin. 

    Menurut laporan ABC News yang memetik kenyataan Komando Bersatu, 66 daripada mangsa telah dikenal pasti. 

    Komando Bersatu juga memaklumkan bahawa pasukannya masih giat mengeluarkan serpihan pesawat yang terhempas di dalam Sungai Potomac.

    Operasi mendapatkan semula serpihan bangkai pesawat akan diteruskan sehingga malam Selasa, manakala operasi lain dijangka dilakukan pada Rabu bergantung kepada keadaan persekitaran dan pasang surut air. 

    Selepas itu, usaha akan tertumpu kepada pemulihan serpihan helikopter Black Hawk yang turut terlibat dalam nahas berkenaan. 

    Insiden terbabit merupakan kemalangan udara paling buruk di Washington DC sejak 1982. 

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca nahas. – Bernama 

    Sebahagian daripada bangkai pesawat diangkat dari air berhampiran tapak serpihan di Sungai Potomac kelmarin. Kesemua 67 mayat mangsa ditemukan.  – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda