CHARLOTTE telah menghabiskan usia 20annya dengan bertukar-tukar hobi, kerja dan juga pasangan dalam usahanya mencari keserasian yang tidak kunjung tiba.
Charlotte yakin bahawa dia tidak akan menemuinya dengan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kedai pai dan kentang di Los Angeles atau tinggal bersama sahabat karibnya yang tidak tentu hala di sebuah apartmen kecil di Arts District.
Sehinggalah Charlotte bertemu dengan Adam, seorang pelukis kacak dan penuh perasaan yang juga mencari sesuatu yang sama seperti dirinya.
Keserasian tersebut telah membawa mereka berdua menghabiskan malam mereka dengan makan, minum dan berbual-bual seperti sebuah filem komedi romantik.
Akan tetapi, keesokan harinya Adam berlaku dingin terhadap Charlotte, menyebabkan Charlotte berasa keliru dan terluka, sehingga dia menjangkakan bahawa peristiwa semalam hanyalah seumpama mimpi.

Beberapa bulan kemudian, Charlotte masih tidak dapat melupakan Adam, oleh itu dia membuat keputusan untuk mencari tahu apakah yang terjadi pada pagi setelah malam mereka menghabiskan masa bersama.
Keputusannya itu telah menulis semula kisah cinta mereka berdua, namun apa yang tidak Charlotte ketahui kesudahan kisah itu sudah lama tertulis.