Kesesakan lalu lintas sekat perjalanan ambulans

MANILA – Kesesakan lalu lintas yang teruk di Manila boleh menyebabkan kehilangan nyawa ini kerana ambulans terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika mengejar masa menuju ke hospital bandar, pegawai perubatan memberi amaran.

Laluan khusus untuk kenderaan kecemasan masih belum dikuatkuasakan malah infrastrukturnya jalan raya sudah lama dan pemandu tempatan tidak mahu bertolak ansur serta memberikan ruang jalan – menurut pakar, antara situasi yang menyebabkan pesakit mati dalam perjalanan.

Walaupun dengan pengetahuan ensiklopedia mengenai jalan pintas atau pemanduan yang agresif seperti menekan hon dengan banyak kali atau mengekori kenderaan dengan begitu dekat, ia masih belum cukup untuk sampai ke hospital pada waktunya. Pemandu Adriel Aragon masih dihantui dengan satu kes di mana dia telah kehilangan pesakit kritikal apabila mengambil masa 40 minit untuk sampai ke hospital – di mana perjalanannya sepatutnya mengambil masa selama setengah jam sahaja.

Lima minit sebelum mereka sampai ke hospital, nadi wanita itu hilang. Dia disahkan mati semasa menuju ke bilik kecemasan. Pada waktu kemuncak, pusat utama Manila akan tersumbat dengan kesesakan lalu lintas – sehingga 25 kilometer panjang di kawasan lebuh raya utama dan boleh mengambil masa selama tiga jam untuk berkurangan.

Tempat tinggal kepada 13 juta penduduk, hampir satu kenderaan didaftarkan setiap orang. Justeru, menyebabkan kesesakan yang teruk sehingga menyebabkan kerugian AS$67 juta sehari khususnya di bandar raya tersebut, menurut kajian yang dibiayai oleh pihak kerajaan Jepun pada tahun 2017.

Pemandu Adriel Aragon masih dihantui dengan satu kes di mana dia telah kehilangan pesakit kritikal apabila mengambil masa 40 minit untuk sampai ke hospital. – AFP
Imej ambulans yang terhenti dalam kesesakan lalu lintas telah mencetuskan kemarahan di media sosial di Filipina. – AFP

Tidak ada syarikat kerajaan atau ambulans yang mengira bilangan pesakit yang meninggal dunia dalam kesesakan trafik setiap tahun, kata jurucakap pegawai, akan tetapi pekerja perubatan kecemasan di bandar itu menyimpan banyak koleksi cerita seram. Laylo berkata salah seorang pesakit maut dalam ambulansnya selepas kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan raya yang sempit menambah 10 minit perjalanan dari rumah pesakit ke hospital.

Cetus kemarahan

Imej ambulans yang terhenti dalam kesesakan lalu lintas telah mencetuskan kemarahan di media sosial di Filipina. Salah satu contoh terkenal – satu video yang dilihat oleh 3.2 juta penonton dalam talian – dirakamkan oleh seorang wanita yang terkejut melihat kereta seakan-akan tidak memberikan jalan kepada ambulans yang sedang membawa ibunya yang sakit.

Dalam perjalanan itu, dia telah mengambil masa selama satu jam di mana sebenarnya ambulans hanya memerlukan beberapa minit untuk sampai ke hospital. Ibu Zamora yang mengalami strok berjaya menempuhi kesesakan itu, akan tetapi meninggal dunia di rumah sakit seminggu kemudian. Tindak balas perubatan yang cepat adalah kunci kepada pemulihan, menurut Persatuan Strok Amerika.

Datuk Bandar Aldo, Ketua Keselamatan Awam di Metropolitan Manila, meletakkan kesalahan itu kepada reaksi pengguna jalan raya tempatan. “Sesetengah pemandu tidak peduli, seolah-olah mereka adalah satu-satunya penduduk di dunia ini,” kata Datuk Bandar tersebut.

Masalah ini berbangkit disebabkan bilangan penduduk Manila yang semakin meningkat sebanyak dua kali ganda sejak tahun 1985 dan infrastrukturnya pula tidak lagi terus meningkat. Sistem kereta api komuter yang terhad menambah lagi bilangan bas mini dan berjuta-juta kenderaan peribadi.

Birokrasi bangsa dan rasuah yang berakar umbi di negara itu telah menghalang usaha membina jalan raya, jambatan dan transit awam. Presiden Rodrigo Duterte berikrar untuk menyahsekat kerumitan di ibu negara akan tetapi separuh masa itu, jalan utama di bandar itu, EDSA, kekal sebagai ‘tempat letak kereta’ yang sibuk ketika waktu kemuncak.

Jumlah kenderaan di jalan raya merupakan faktor utama sama ada ambulans boleh membawa pesakit mereka ke hospital dengan cepat, kata Vernon Sarna, wartawan automotif lama. – AFP