Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesesakan teruk di Tedungan dan Kuala Lurah

    Oleh Norizan Murshid

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan kenderaan berbaris panjang  jangan cepat naik angin atau marah-marah kerana situasi ini bukan salah anda dan bukan juga salah orang lain.

    Ini kerana orang lain juga merasakan sama seperti apa yang anda rasa dan alami. Panas, penat dan merasa tidak selesa. Tambahan pula jika penyaman udara kereta anda tidak berada dalam keadaan yang baik.

    Situasi ini penulis alami sendiri hari ini bermula kira-kira 3km sebelum tiba di Tedungan/Kuala Lurah pada jam 4:30 petang.

    Mula tersekat dalam barisan panjang pada jam 2 petang.

    Pada hari ketiga sambutan Aidilfitri masih banyak kenderaan dari Brunei yang masuk ke Limbang dan begitu juga sebaliknya kenderaan dari Limbang, Sabah, Lawas dan Terusan melewati Limbang untuk ke Miri, Sarawak.

    Begitu juga bagi warga Brunei Darussalam yang menziarahi sanak saudara di Daerah Temburong pastinya melewati sempadan Kuala Lurah.

    Cuma apa yang ingin disentuh di sini ialah perlunya sikap bertolak ansur dan saling hormat- menghormati sesama pengguna jalan raya. Tidak kira sama ada daripada pihak kereta pendaftaran Brunei atau Malaysia. Masih ramai pengguna jalan raya dari kedua-dua negara yang memotong barisan.

    Keadaan ini mungkin boleh dikawal dan dibendung sekiranya pihak yang berkenaan dapat memantau keadaan dan memastikan hak pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan jalan raya tidak dirampas oleh pembuli jalan raya yang lain.

    Tinjauan Media Permata mendapati pos kawalan Imigresen Negara Brunei Darussalam dibuka empat lorong bagi melancarkan kemasukan kenderaan dari Limbang ke Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda