Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Kesha tampil dengan album ketiga

SETELAH beberapa tahun sepi tanpa sebarang lagu baru, penyanyi yang sebelum ini mempunyai konflik dengan bekas penerbit dan mentornya, Dr Luke akhirnya kembali apabila single terkininya, Praying mula menjadi halwa telinga pencinta muzik dunia.

Single tersebut yang dilancarkan sejak 6 Julai lalu menerima respons baik peminat, khasnya menerusi sisi muzik dan vokal penyanyi berusia 30 tahun ini. Rata-rata memuji akan kualiti vokalnya yang kian matang.

Praying merupakan single pertamanya setelah empat tahun tidak muncul dengan sebarang perkembangan seni. Diterbitkan Ryan Lewis, Praying disifatkan sebagai single yang begitu istimewa.

Menerusi temu bual, Kesha seperti yang dipetik memberitahu, Praying dihasilkan berdasarkan dukungan rasa terima kasih dan luahan rasa sayangnya kepada individu yang selama ini setia bersama walau susah dan senang.

Bagi merancakkan lagi kehadiran semula penyanyi yang dulunya cukup popular dengan lagu Tik Tok ini, Kesha turut melancarkan muzik video untuk lagu berkenaan. Sehingga kini, Praying sudah pun ditonton lebih 21 juta kali tontonan di laman YouTube.

Kesha bakal tampil dengan album ketiga, Rainbow dan mempertaruhkan single pertamanya, Praying.
Kesha bakal tampil dengan album ketiga, Rainbow dan mempertaruhkan single pertamanya, Praying.

Muzik Video yang berdurasi hampir lima minit itu dibuka dengan monolog sarat emosi, sesuai dengan muzik balada yang dibawanya. Sebelum ini, Kesha cukup sinonim dengan lagu-lagu daripada genre elektro-pop yang catchy.

Pemilihan Praying sebagai single sulung terkininya khabarnya mempunyai hubung kait dengan kisah hidup penyanyi ini sejak beberapa tahun ke belakangan ini.

Sementara itu, Praying turut diangkat sebagai single pertama untuk album ketiga Kesha, Rainbow yang bakal dilancarkan pada pertengahan Ogos depan.

Menyusul sebagai single kedua ialah sebuah lagu pop yang rancak, Woman yang turut menampilkan The Dap-Kings Horns.

Antara lagu-lagu lain yang bakal dimuatkan di dalam album tersebut ialah Hymn,Learn to Let Go, Finding You dan banyak lagi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -