JANGAN pandang sebarangan pada lelaki yang menyimpan jambang. Kadang-kadang, jambang ini membuatkan lelaki tampil macho. Bukan itu sahaja, dengan membiarkan jambang tumbuh di rahang pipi turut memberikan fungsi yang baik pada kesihatan lelaki.
Kulit lebih halus
Semasa mencukur, kadang-kadang kulit wajah anda terluka sehingga menimbulkan iritasi dan kulit menjadi lebih kasar.
Sebaliknya, jika anda biarkan jambang tumbuh, ia akan merawat kulit anda dan kekal halus.
Cegah kanser kulit
Selain tampak tampan dan macho, ia juga sangat membantu dalam merawat kesihatan seseorang. Jambang yang tumbuh di sekitar rahang, akan menutupi sebahagian kulit dan pipi.
Secara langsung, ia akan menutupi bahagian kulit muka daripada terdedah terhadap sinaran matahari. Sinaran UV ini boleh menyebabkan kanser kulit.
Awet muda
Habuk, debu atau sinaran matahari tidak dapat menyentuh kulit wajah dan kesannya akan membuatkan kulit wajah lebih sihat dan tampak lebih muda.
Selain itu, jambang juga akan mengekalkan kelembapan dengan melindunginya daripada angin yang boleh mengeringkan kulit.
Elak alahan
Jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif, ia boleh memberi ancaman pada kulit wajah. Jadi, jambang berperanan untuk menutupi sebahagian kulit wajah dan dapat mengelakkan daripada habuk dan debu secara langsung.
Diri lebih yakin
Jambang menjadi imej dan cerminan kelelakian. Sebab itu, ia membantu meningkatkan kepercayaan diri dan tampil lebih memukau dalam setiap aktiviti yang anda lakukan.
Kurang jerawat
Satu kajian menunjukkan bahawa tabiat mencukur bulu halus di muka boleh menyebabkan jerawat mudah tumbuh dan kulit menjadi merah.
Dengan adanya jambang, ia boleh membantu mengeluarkan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melicinkan dan kulit lebih anjal.
Kurangkan kedutan
Terlalu kerap terdedah pada cahaya matahari secara berterusan boleh menyebabkan kandungan kolagen dalam kulit akan rosak.
Kesannya akan menyebabkan kedutan di muka. Jadi, dengan jambang, ia dapat membantu melambatkan proses penuaan.