Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesihatan Dr Mahathir tunjuk peningkatan

    KUALA LUMPUR, 25 JAN – Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan peningkatan hari ini, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

    Anak sulung bekas perdana menteri itu berkata selera makan Dr Mahathir bertambah baik, malah sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisinya.

    “Tun Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

    “Tun Dr Mahathir berserta keluarga berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” kata Marina dalam kenyataan hari ini. 

    Beliau berkata Dr Mahathir yang akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan, meminta orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

    “Buat masa ini, pihak IJN tidak membenarkan pelawat selain keluarga terdekat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda