Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesihatan mental perlu diberi perhatian utama ketika pandemik

    KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Malaysia menganggap bahawa pandemik COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan umum dan ekonomi sahaja, kata Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sambutan ulang tahun ASEAN ke-54 hari ini.

    Beliau berkata, kesejahteraan individu terutamanya kesihatan mental turut penting untuk ditangani. “… ada aspek ketiga yang perlu juga kita beri perhatian iaitu kesejahteraan individu terutamanya kesihatan mental,” katanya berucap pada sambutan ulang tahun itu secara maya hari ini.

    Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menekankan betapa pentingnya rakyat diberikan sokongan mental yang mencukupi ketika berdepan dengan wabak. Ketika pandemik COVID-19 merebak dengan pantas ke seluruh dunia, warga dunia berdepan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan terutama warga emas, penyedia perkhidmatan penjagaan serta mereka yang mengalami masalah kesihatan.

    Merujuk kepada pengalaman Malaysia, menteri kanan itu berkata, institusi kerajaan melancarkan usaha untuk menangani isu kesihatan mental. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda