Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesihatan UEFA: Sambung musim bola sepak ‘sudah pasti boleh’

    LAUSANNE, 30 APRIL – Komiti kesihatan UEFA percaya menyambung semula musim yang digantungkan kerana pandemik koronavirus ‘pasti boleh’ sama seperti beberapa buah negara Eropah yang menolak usaha untuk kembali beraksi.

    “Kesemua pertubuhan bola sepak yang merancang untuk menyambung semula kejohanan akan menjalankan protokol komprehensif. Memastikan bahawa kesihatan mereka yang terlibat dalam permainan adalah terjaga dan integriti polisi awam terpelihara,” kata pengerusi komiti perubatan UEFA, Tim Meyer, dalam kenyataan kelmarin.

    “Di bawah kondisi ini dan dengan menghormati undang-undang tempatan, ia sudah pasti boleh untuk merancang kembali ke kejohanan yang telah digantungkan semasa musim 2019/2020.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda