Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kesilapan punca Sabalenka ditewaskan

    ADELAIDE, AUSTRALIA, 11 JAN – Persediaan pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka bagi Terbuka Australia menjadi tidak menentu selepas dia membuat kesilapan untuk minggu kedua berturut-turut dan hampir tidak dapat membuat servis dalam acara pemanasan badan di Adelaide.

    Satu minggu selepas kekalahan perlawanan pertama daripada dua kejuaraan pendahuluan Adelaide, Sabalenka mengalami nasib yang sama apabila dia dikejutkan dalam tiga set oleh pemain nombor ke-93, Rebecca Peterson dengan 5-7, 6-1, 7-5. Sabalenka telah melakukan lebih dari 21 kesilapan berganda dan menukar cara pukulan servis pada set kedua dan ketiga dalam usaha terdesaknya untuk meneruskan permainan.

    Dia membuat pukulan servis terlalu kuat sehingga pada satu peringkat pukulannya hampir tidak melepasi jaring. Pemain berusia 23 tahun dari Belarus itu menjadi tertekan pada set ketiga selepas ditanya jika dia baik-baik sahaja, telah mengeluarkan air mata semasa servis permainan seterusnya.

    Satu-satunya sagu hatinya ialah dia masih melakukan pukulan dengan kekuatannya dan penempatan, tetapi tidak mengejutkan apabila dia tunduk pada halangan pertama.

    “Itu semestinya perlawanan ganjil yang pernah saya beraksi,” kata pemain Sweden, Peterson yang telah mara. “Ia sangat sukar untuk menumpukan perhatian. Saya tahu dia banyak bergelut.

    “Saya hanya perlu berada dalam dunia saya dan ia sangat sukar.”

    Pemain pilihan keempat dari Slovenia, Tamara Zidansek mara apabila menewaskan pemain kelayakan Britain, Heather Watson 2-6, 6-2, 7-6 (7/4). Pilihan ketujuh, Jill Teichmann tewas kepada pemain kelayakan AS, Lauren Davis 1-6, 7-6 (7/3), 6-4.

    Pemain utama Australia, Maddison Inglis menewaskan Danka Kovinic dari Montenegro 6-4,1-6, 6-2, manakala pemenang lain ialah Madison Brengle dari Amerika, menewaskan pemain Rusia, Anastasia Potapova 7-5, 4-6, 6-1 dan pemain Czech, Tereza Martincova, pemenang 6-4, 3-6, 6-3 ke atas Dayana Yastremska dari Ukraine. – AFP

    Aksi pemain Belarus, Aryna Sabalenka memberikan servis semasa menentang Kaja Juvan semasa perlawanan perseorangan wanita di Adelaide, 5 Januari lalu. Kini tertekan selepas membuat kesilapan berturut-turut dalam acara pemanasan badan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...