Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus pembangunan

    SARIKEI, 21 JUN – Keadaan politik yang stabil dan suasana kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang aman, menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keadaan itu juga membolehkan Sarawak mencapai visinya untuk menjadi sebuah wilayah berpendapatan tinggi, menjelang 2030.

    “Kita dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kita boleh fokus. Kalau keadaan politik kita tidak stabil, (pemimpin akan) sentiasa melihat ke belakangnya sahaja, takut orang nyetep you, you gugok (takut orang membentes awda dan awda jatuh),” katanya pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin, hari ini.

    Abang Johari berkata kestabilan tersebut tercapai apabila kerajaan Sarawak mengambil pendekatan menjaga kebajikan rakyat, bukan sahaja mereka yang beragama Islam bahkan mereka yang bukan beragama Islam dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

    Beliau berkata hasil daripada fokus yang diberikan terhadap pembangunan ini, Sarawak telah diiktiraf sebagai wilayah yang berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, dengan pendapatan terkininya mencecah RM13 bilion sehingga menimbulkan rasa cemburu sesetengah pihak.

    Abang Johari berkata pada masa yang sama, Sarawak menekankan keseimbangan di dalam pembangunan yang dilaksanakannya dengan menumpukan perhatian kepada penjagaan alam sekitar.

    “Inilah sebabnya Sarawak menumpukan kepada pengeluaran hidrogen sebagai tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya sambil menambah usaha itu tidak terhenti di situ apabila kerajaan negeri sudah mula meneroka penghasilan elektrik hijau dengan menggunakan solar terapung, di Empangan Batang Ai. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 11 Jun menunjukkan Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan ucapan di Hotel Imperial Kuching, Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...