Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak’

    SIBU, 19 MEI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.

    Beliau berkata antara pembangunan dan kemajuan tersebut ialah pengenalan teknologi hidrogen oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Menurut Ahmad Zahid, tidak ada negeri di Malaysia yang mempunyai tujuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti di Sarawak yang menyediakan pengajaran dalam bidang teknologi seperti Internet Kebendaan, robotik dan teknologi baharu.

    “Saya berkata demikian bukan kerana membandingkan Sarawak dengan negeri-negeri lain,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan pra-Gawai Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2024 di sini malam tadi.

    “Namun hakikatnya ialah apabila kestabilan politik dapat dicapai atas usaha Tan Sri Abang Johari yang bukan hanya terkenal di Malaysia malah di luar negara,” tambahnya.

    Beliau berkata amat penting bagi negeri mempunyai kestabilan politik untuk bergerak maju di dalam bidang teknologi.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sokongannya terhadap TVET sebagai aliran baharu di dalam sistem pendidikan Malaysia. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...