Tuesday, January 7, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kesudahan yang mengecewakan’

    AUCKLAND, 5 JAN – Naomi Osaka menarik diri daripada perlawanan akhir Auckland Classic akibat kecederaan pada bahagian perut hari ini, sekali gus memberikan tamparan hebat kepada bintang tenis Jepun itu sebelum bermulanya Terbuka Australia yang hanya tinggal seminggu lagi.

    Beraksi di final WTA pertamanya selama tiga tahun, menentang Clara Tauson dari Denmark, juara Grand Slam empat kali itu meminta untuk diberikan rawatan selepas memenangi set pembukaan 6-4 dan menarik diri tidak lama selepas itu.

    Osaka yang menarik diri secara mendadak daripada acara pemanas badan Terbuka Australia sangat mengejutkan selepas bermain tanpa sebarang masalah pada set pembukaan 35 minit, melakukan beberapa pukulan bertenaga untuk mematahkan servis lawannya pada perlawanan ketiga dan kelima.

    Pada pertukaran servis tersebut, pemain berusia 27 tahun itu berdiri dan melakukan beberapa siri senaman regangan ketika masa rehat.

    Selepas berunding dengan jurulatih, dia kemudiannya berjabat tangan dengan Tauson, yang secara automatik merangkul gelaran kerjaya ketiga sejak memenangi pada 2021.

    “Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana mengalu-alukan saya ke bandar yang begitu indah dan saya sangat seronok bermain di sini dan saya amat kesal dengan kesudahannya,” kata Osaka.

    Ia adalah penamat anti-klimaks minggu ini buat Osaka, yang memburu gelaran pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak memenangi Terbuka Australia 2021.

    Penampilan terakhirnya baru-baru ini adalah di Terbuka Miami pada tahun berikutnya, sebelum berehat selama 15 bulan dan melahirkan anak pertamanya pada pertengahan tahun 2023. – AFP

    Osaka mengembalikan bola ketika menentang Tauson semasa perlawanan akhir di Auckland pada 5 Januari. – AFP
    Clara Tauson merangkul gelaran Auckland Classic secara automatik setelah Osaka menarik diri kerana kecederaan, hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda