Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ketahui Akta Kesalahan Rampaian, isu sampah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait, hari ini, mengadakan Program Kesedaran kepada penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua rumah panjang serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung mengenai Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30).

    Program kesedaran yang diadakan di Dewan DEOC, Jabatan Daerah Belait itu telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Bahagian Penguatkuasaan, Pemeriksaan dan Bencana, Jabatan Daerah Belait, Awang Mohd Abdul Hadi bin Haji Mohd Syarifuddin bersama Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Daerah Belait, Awang Karnizam bin Haji Abu Bakar.

    Antara pengisian program yang disampaikan adalah mengenai jenis-jenis kesalahan berkaitan dengan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) dan juga isu-isu pembuangan sampah tidak teratur yang dilakukan oleh orang awam yang menyebabkan dikenakan kompaun dan saman.

    Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta program yang disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Dengan adanya program sedemikian, ia dihasratkan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman awam mengenai akta berkenaan serta mengenai kompaun dan saman yang dikenakan jika terdapat kesalahan yang melanggar akta tersebut.

    Haji Amirol Hafidzin menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...