Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketahui aspek keselamatan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 14 orang penduduk Kampung Sungai Bunga diberikan penerangan mengenai aspek-aspek keselamatan kebakaran dalam Taklimat Life Saver 995 yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi D, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) pada 26 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, taklimat itu memberikan pengetahuan kepada para peserta mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dan kesedaran kepada orang ramai khususnya peserta taklimat mengenai bahaya api.

    Menerusi taklimat itu, ia juga memberikan mereka pendedahan untuk bertindak secara profesional apabila menghadapi api kebakaran sama ada di rumah kediaman atau pun di mana saja mereka berada.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan juga menyediakan program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa
    menangani kecemasan serta mengetahui tatacara betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Anggota bomba dan penyelamat memberikan penerangan kepada para penduduk Kampung Sungai Bunga dalam sesi taklimat berkenaan. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda