Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketahui cara hadapi kecemasan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Seramai 24 orang pegawai dan kakitangan Istana Maintenance Department (I.M.D) Istana Nurul Izzah dan lapan orang dari Istana Darul Hana telah menghadiri Taklimat Keselamatan Umum ‘Life Saver 995’ anjuran Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), kelmarin.

    Taklimat yang diadakan di Pejabat Istana I.M.D Jerudong itu bertujuan memberi pen-dedahan kepada peserta taklimat mengenai punca-punca kebakaran dan beberapa cara menyelamatkan diri daripada kebakaran.

    Di samping itu, mereka juga diterangkan mengenai cara menghadapi cuaca ribut petir dan semasa terperangkap dalam arus deras selain berpeluang melakukan praktikal mengangkat mangsa semasa kecemasan dan cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul serta selimut api.

    Taklimat berkenaan merupakan salah satu program yang dikendalikan JBP, termasuk Kursus Marsyal Bomba, sebagai usaha memberi pengetahuan kepada pihak berkenaan bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api khusus.

    Peserta mencuba praktikal memadam api selepas sesi taklimat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda