
NEW YORK, 1 Jun – Presiden AS Donald Trump bakal menerima surat hari ini dari rakan sejawatannya dari Korea Utara Kim Jong Un, detik yang sangat dinantikan ketika persiapan bagi sidang kemuncak nuklear bersejarah giat dilaksanakan.
Orang kanan Kim, Kim Yong Chol, dijangka berada di bandar AS sehari selepas rundingan di New York dengan Setiausaha Negara Mike Pompeo yang disifatkan oleh diplomat AS ‘kemajuan sebenar’ ke arah mengadakan sidang kemuncak 12 Jun yang dirancangkan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)