Ketegangan terus berlarutan

SRINAGAR, INDIA, 15 SEPT – Kashmir telah menyaksikan hampir 20 protes setiap hari terhadap pemerintahan India dalam tempoh enam minggu yang lepas walaupun pihak berkuasa telah berjaya mengawal keadaan itu daripada terus bergolak, kata pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

Ketegangan kekal berada di tahap yang tinggi di rantau Himalaya yang dipertikaikan selepas keputusan kontroversi New Delhi bulan lalu untuk membatalkan status separuh autonomi lama dekad wilayah itu.

Walaupun pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung, sekatan pergerakan dan sebagainya, namun demonstrasi awam terhadap India – kebanyakannya di bandar terbesar Srinagar – tetap terus berlaku, sumber memberitahu AFP lewat kelmarin.

Secara keseluruhan, terdapat 722 protes sejak 5 Ogos, dengan daerah Baramulla di barat laut dan Pulwama di selatan merupakan kejadian di mana berlakunya protes terbesar selepas Srinagar, kata sumber itu. – AFP