Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keteguhan perjuangan ayah jadi inspirasi

    BEIJING – Dua bersaudara asal Britain, James dan Thomas Lindesay telah menghabiskan masa berbulan-bulan tahun lalu hanya untuk berjalan kaki merentasi Tembok Besar China.

    Mereka mula berlepas dari Jiayuguan Pass di wilayah Gansu Barat Laut Cina pada 15 Julai lalu. 

    Dua bersaudara tersebut yang masing-masing berusia 28 dan 21 tahun telah meluangkan masa 131 hari perjalanan di sepanjang jalan utama barat ke timur di tapak bersejarah tersebut untuk sampai ke Shanhaiguan Pass pada 20 November lalu. 

    Perjalanan merentasi Tembok Besar tersebut meliputi 3,263 kilometer secara keseluruhan.

    Hasrat mereka untuk menamatkan pengembaraan yang diwarisi daripada ayah mereka, William Lindesay yang telah melakukan perjalanan sendiri di sepanjang tembok berkenaan 35 tahun lalu.

    James dan Thomas Lindesay bergambar di Wilayah Gansu Utara Barat Cina, . – Xinhua
    Dua bersaudara asal Britain James dan Thomas Lindesay berlari atas Tembok Besar di Utara China Wilayah Hebei. – Xinhua

    William dilahirkan di Liverpool pada tahun 1956 dan setelah itu mula tertarik dengan kewujudan Tembok Besar sepanjang hayatnya. 

    Pada tahun 1987, dia telah menjadi liputan utama berita setelah berjaya menghabiskan 78 hari perjalanan merentasi tembok berkenaan melewati wilayah China Utara. 

    Sebaik sahaja menamatkan pengembaraannya, dia berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Cina dan menetap di Beijing. 

    Masyarakat setempat yang mendiami kawasan bersejarah itu acap kali melihat warga asing sering mengutip sampah di sepanjang tembok tersebut. 

    Dia telah menghabiskan hidupnya selama lebih dari 30 tahun untuk berkunjung, meneliti dan melindungi struktur berkenaan bahkan dia pernah menghasilkan sebanyak 10 buah buku penulisan mengenai Tembok Besar serta turut menganjurkan perbincangan ilmiah mengenai kemerosotan alam sekitar di sekitar kawasan bersejarah itu.

    Hasil kerjayanya telah banyak mempengaruhi dua anak lelakinya yang kini turut berkongsi minat yang serupa terhadap Tembok Besar. 

    Waktu usia kecil mereka di hujung minggu banyak diluangkan untuk melakukan perjalanan dan merakamkan beberapa gambar tembok berkenaan, membahaskan mengenai tapak kawasan dan mengutip sampah sarap di beberapa lantai tangga tembok itu.

    Pada tahun 2016, dua bersaudara itu telah menerbangkan dron di beberapa buah lokasi di sepanjang Tembok Besar. 

    Mereka telah berhasil menyimpan dalam bentuk portfolio hasil semua rakaman video berkait dengan perlindungan tapak warisan bersejarah itu yang telah pun disiarkan dalam saluran media BBC dan wilayah Cina.

    Bagaimanapun, mereka tidak berpuas hati dengan hanya setakat mendokumentasikan bahagian-bahagian tertentu tembok berkenaan, dua bersaudara itu mula mengorak langkah baharu untuk merasakan pengalaman yang lebih luas berada di kawasan itu dan mengikuti jejak langkah ayah mereka dengan mengambil keputusan untuk mendaki di sepanjang tembok yang dihiasi dengan pemandangan indah.

    Berkat latihan fizikal yang berterusan, dua bersaudara itu dapat melakukan larian sekitar 30 ke 40 kilometer setiap hari. 

    Berbanding dengan perjalanan ayah mereka 35 tahun lalu, perjalanan mereka turut dilengkapi dengan peralatan canggih seperti aplikasi pengesanan, jam tangan GPS dan peta digital. 

    Mereka turut mengupah dua pemandu kenderaan bantuan bagi memastikan makanan mereka sentiasa dibekalkan.

    Selain menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu, pasangan bersaudara itu turut mengalami kesukaran semasa sekatan COVID.

    Mereka mendapat inspirasi daripada keteguhan perjuangan ayah mereka.

    Pada titik terakhir perjalanan mereka, kru bantuan tidak dapat menemani mereka akibat amaran buruk pada alat kit kesihatan mereka. Tetapi mereka tidak mudah berputus asa, bahkan mereka membeli kereta dorong untuk memudahkan membawa simpanan bagasi.  

    Mereka menghentikan perjalanan di Shanhaiguan Pass di pantai Teluk Bohai yang terletak di Utara Cina, se-perti yang pernah dilakukan oleh ayah mereka 35 tahun lalu. Jika bukan disebabkan sekatan COVID, mereka mungkin akan meneruskan perjalanan hingga ke arah timur tembok tersebut.

    “Untuk melakukan perjalanan beribu batu kilometer di sepanjang Tembok Besar merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa,” kata  William. 

    Menurut mereka, tembok itu jauh lebih sukar tidak seperti yang mereka sangka. Tetapi mengatakan penerokaan di kawasan tersebut banyak membantu mereka untuk memahami lebih dalam sejarah di sebalik struktur tembok tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda