Ketengahkan watak etnik dalam komik adiwira

Watak-watak orang-orang asli Amerika yang ditonjolkan di dalam buku komik adiwira selama ini kebanyakannya menampilkan ciri-ciri yang sama, mempunyai kuasa mistik, berkebolehan bercakap dengan haiwan dan mengenakan kostum seperti perhiasan di kepala atau memakai cawat.

“Kurangnya kajian yang dilakukan. Mereka hanya mengikut apa yang ditampilkan dalam TV dan filem,” kata seorang artis, Jeffrey Veregge daripada suku S’Klallam Port Gamble di Washington. Salah satu keluhan terbesarnya adalah kebanyakan ‘adiwira dari serata tempat yang lain mempunyai kostum-kostumnya’ sementara watak-watak etnik asli tidak ditampilkan dengan sewajarnya.

Membesar dengan membaca buku-buku komik di tanah kepunyaan sukunya di Seattle, Veregge merasa lebih banyak perkaitan dengan watak-watak wira bukan daripada suku asli seperti Iron Man atau Spider Man. Kini, dia ‘merealisasikan mimpi,’ dengan menyelia sebuah buku komik Marvel mengenai kisah-kisah orang asli yang diceritakan oleh orang-orang asli sendiri.

Marvel Comics telah mengumumkan pada bulan Ogos lalu bahawa mereka telah mengumpulkan artis-artis dan penulis-penulis daripada etnik-etnik asli untuk ‘Marvel Voices: Indigenous Voices #1,’ sebuah antologi yang akan menampilkan semula sebahagian daripada watak-watak etnik aslinya. Ia dijangka akan dilancarkan semasa Bulan Sejarah Orang Asli Amerika pada November depan.

Peminat-peminat komik daripada etnik asli berharap ia akan menjadi sebuah permulaan baharu bagi penampilan yang autentik dalam arena adiwira di arus perdana. Marvel berkata projek itu telah lama dirancang sebelum seluruh negara mempersoalkan mengenai ketidakadilan perkauman, yang menggesa kepada perubahan-perubahan termasuk pasukan NFL Washington menggugurkan maskot Redskinsnya yang telah digunakan selama beberapa dekad. “Ia adalah pembetulan kepada masalah yang telah bermula sejak dulu lagi,” ujar Veregge mengenai projek buku komik itu.

Antara buku-buku komik yang terjual di Red Planet Books & Comics, Albuquerque. – AP
Bangunan kedai Red Planet Books & Comics di Albuquerque, di mana pemiliknya Lee Francis IV, yang juga penerbit komik bebas, membantu mencari artis-artis orang asli yang baru meningkat untuk menyertai usaha antology Marvel Comics. – AP
Aaron Cuffee warga Red Planet Books & Comics di Alburquerque. – AP

Veregge, yang telah melukis lebih daripada 100 kulit depan untuk Marvel dan penerbit buku komik utama yang lain, merupakan orang yang sesuai untuk menerajui projek tersebut. Pada Februari, dia telah menjayakan sebuah pameran di Smithsonian National Museum of the American Indian di New York. ‘Of Gods and Heroes’ merupakan intepretasinya mengenai protagonis Marvel seperti Black Panther dan Thor, yang menonjolkan bentuk-bentuk dan garisan yang diinspirasikan daripada gaya seni tribal.

“Anda perlu memastikan orang ramai kenal dengan watak-watak itu sendirinya, namun saya juga mahu mereka melihat suara orang-orang asli di sebaliknya,” kata Veregge.

Lee Fancis IV, pemilik Red Planet Books & Comics di Albuquerque, New Mexico, dan penerbit bebas komik-komik orang asli, membantu mencari artis-artis orang asli yang baru meningkat untuk menyertai antologi Marvel. Sebagai seorang penganjur Indigenous Comic Con tahunan yang berketurunan Laguna Pueblo, Francis berkata buku-buku komik tidak jauh daripada tradisi penceritaan sesetengah etnik.

“Saya tidak mahu bercakap untuk mewakili semua orang-orang asli, namun saya fikir adanya persamaan ketara dari segi visual dan penceritaan yang selaras dengan medium buku komik,” ujar Francis. “Bukan hanya perkataan dan penulisan, namun penceritaan visual ini ada pada kisah-kisah kami sendiri dan petroglif (lukisan pada batu), yang dikaitkan dengan leluhur kami.”

Stereotaip perkauman menemukan jalannya ke dalam medium kerana artis-artis buku komik selalunya bergantung pada apa yang mereka lihat di dalam filem dan TV barat lama, kata Francis. Dan sebelum itu, kartun-kartun politik pada tahun 1700an sudah memburuk-burukkan orang-orang asli.

Sejak sekian lama di dalam komik, orang-orang asli Amerika sama ada ditonjolkan sebagai orang jahat atau pembantu wira yang tidak menonjolkan perasaan. Ia sangat mengecewakan apabila ‘peminat (orang asli) komik’ sebenar melihat ‘orang lain mempunyai kostum manakala anda hanya mempunyai perhiasan kepala,’ kata Francis.

Devbah Evans, sementara, selalu dikaitkan dengan X-Men Marvel. Siri mengenai mutan muda bergelut dengan kuasa sementara dihukum oleh masyarakat kelihatan sama seperti bagaimana Amerika melayan komuniti asli, ujar Evans, seorang peminat buku komik berusia 24 tahun dan cosplayer dari Tulsa, Oklahama, yang juga merupakan orang Navajo, Chippewa dan Yuchi.

Beliau menantikan buku Marvel itu kerana ia akan menampilkan salah satu daripada watak mutan kegemarannya, Danielle Moonstar, wirawati Cheyenne yang menggunakan ilusi berdasarkan ketakutan seseorang.

“Ia sangat diakui kerana mereka ini adalah sebaya dengan saya, orang-orang ini yang saya lihat di persidangan-persidangan dan berhubung dengan saya,“ Evans berkata mengenai penulis-penulis dan artis-artis yang mereka buku itu. “Saya sangat bangga kerana mereka boleh sampai ke tahap ini.”

Beliau berharap ini merupakan permulaan kepada perkembangan dunia buku komik, bukan hanya di dalam dunia Marvel. Budaya pop arus perdana masih mempunyai lebih ramai adiwira orang asli lelaki berbanding wanita.

“Setiap kali saya memikirkan mengenai wanita-wanita orang asli yang hebat, mereka semua adalah ibu. Ibu saya, nenek saya. Mereka ini merupakan wira pertama dalam kehidupan kita,” ujar Evans. “Ia mungkin menarik untuk mempunyai seorang ibu orang asli moden yang menjadi seorang adiwira.”

Verland Coker, 27, seorang peminat buku komik Muscogee (Creek) Nation di Oklahoma, memanggil usaha Marvel itu sebagai satu yang langkah yang betul namun berkata buku-buku komik mungkin boleh pergi lebih jauh lagi.

Jarang sekali, sebagai contoh, untuk melihat adiwira-adiwira orang asli bercakap dalam bahasa mereka sendiri. Menerapkan beberapa bahasa boleh menjadi peluang untuk mendidik orang-orang bukan asli dan mempromosikan etnik-etnik tersebut, yang mana ramai yang bergelut untuk mengekalkan bahasa mereka dalam kalangan generasi muda, kata Coker yang tinggal di Alburquerque.

“Kebimbangan saya adalah kita boleh bergantung pada mitos monolit, dan sementara sebarang representasi adalah bagus, bilangan etnik yang dipilih adalah terhad,” ujar Coker menerusi teks. “Saya hanya mahu melihat lebih banyak lagi artis-artis orang asli di dalam produk-produk di arus perdana.” – AP