Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keterbatasan seni di Mesir

    KAHERAH – “Di dalam sebuah pawagam, dewan konsert atau di jalanan, unsur kebudayaan di Mesir sedang berdepan dengan konflik penurunan bidang seni setelah pihak kerajaan di bawah pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi memperluaskan penapisan terhadap pelbagai aspek seni,” kata salah seorang pengkritik.

    Hossam Fazulla dari Persatuan Kebebasan Berfikir dan Ungkapan (AFTE) berkata bahawa para artis seni di negara itu terbatas dalam menghasilkan seni dan sebarang penciptaan seni hendaklah tertakluk kepada batasan yang semakin meningkat.

    “Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan adalah untuk membuat mempamerkan imej seorang rakyat yang taat, setia dan sangat mudah diuruskan oleh pihak kerajaan,” tambah Fazulla lagi kepada media.

    “Keterbatasan dan kesilapan itu telah menghilangkan beberapa bentuk seni, terutamanya persembahan seni jalanan, yang mana telah mula berkembang selepas sahaja pemberontakan pada tahun 2011 yang mana telah menggulingkan penguasa lama Hosni Mubarak,” tambah Fazulla lagi. Dalam isu pergolakan yang berlalu, ketua mantan tentera Sisi itu telah mengetuai pemergian Presiden Islam Mohamed Morsi pada tahun 2013 untuk menjadi presiden pada tahun berikutnya.

    Undang-undang 2013 telah mengharamkan bantahan atau perhimpunan yang tidak dibenarkan dan telah berkuatkuasa khususnya dalam beberapa bidang kebudayaan seperti seni yang mana sebenarnya berpotensi untuk menjana ekonomi yang lebih tinggi dan baik. “Sudah beberapa saat sekarang, kami telah melaporkan bahawa tempoh ini telah menyaksikan lebih banyak sekatan daripada yang sebelumnya,” tambah Fazulla lagi kepada media.

    Gambar yang diambil pada 23 Oktober 2017 menunjukkan belia Mesir berbaris untuk membeli tiket di luar Pusat Budaya al-Sawi di Kaherah. Menurut pengkritik, panggung wayang, dewan konsert dan persembahan jalan berdepan keterbatasan apabila kerajaan Mesir meluaskan sekatan. – AFP

    Dalam contoh yang ketara, penapisan beberapa buah filem juga turut dilaksanakan dan telah menghalang beberapa buah filem dalam negeri seperti ‘In The Last Days of The City’, walaupun telah ditayangkan di 60 buah negara dan 91 acara festival serta telah memenangi sebanyak 10 anugerah antarabangsa.

    Pengarah Mesir, Tamer El Said berkata bahawa penggambaran filem itu telah berakhir pada bulan Disember 2010, enam minggu sebelum pemberontakan berlalu untuk menggulingkan Mubarak. “Filem ini cuba untuk menangkap beberapa perasaan individu sebelum berlakunya beberapa revolusi, di mana sesuatu yang besar akan berlaku. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku, tetapi seolah-olah kita tidak akan dapat terus melakukan sesuatu terhadap seni khususnya,” tambah Tamer lagi kepada wartawan media.

    Tamer El Said telah memohon lesen untuk menayangkan filem itu pada bulan Oktober 2016, hanya untuk pihak berkuasa penapisan Mesir malah selepas itu, pengarah berkenaan kemudiannya dibanjiri dengan permintaan kertas kerja daripada pihak kerajaan sehinggalah pihak kerajaan berhenti menerima panggilan daripada pengarah itu.

    “Kini sudah 12 tahun yang berharap impian ini akan terlaksana namun semuanya telah terhalang dan tidak datang, ia seolah-olah menguris perasaan saya sendiri,” tambah pengarah itu dengan sedih.

    “Sebenarnya ia adalah satu kaedah yang baru untuk mengharamkan filem. Mereka akan terus menangguhkannya selama beberapa bulan sehingga filem itu tidak akan dapat ditayangkan pada akhirnya,” kata Fazulla lagi kepada media.

    Selepas bersetuju untuk bercakap bersama media, ketua badan penapisan, Khaled Abdel Geleel akhirnya berhenti menjawab dan menerima mesej dari wartawan AFP.

    Keterbatasan dan kesilapan itu telah menghilangkan beberapa bentuk seni, terutama persembahan seni jalanan, yang mana telah mula berkembang selepas sahaja pemberontakan pada tahun 2011. – AFP
    Artis di Mesir terbatas dalam menghasilkan seni dan sebarang penciptaan karya hendaklah tertakluk kepada sekatan yang semakin meningkat. – AFP

    Idea yang tidak baik

    Satu lagi filem yang telah memenangi anugerah antarabangsa, ‘The Nile Hilton Incident’ yang telah diarahkan oleh Tarik Saleh, penduduk Sweden dan berasal daripada Mesir.

    Penggambaran filem berkenaan telah dihalang untuk dilakukan di negara itu. Filem tersebut mengenai korupsi polis berdasarkan kisah sebenar, namun telah diharamkan oleh pihak kerajaan Mesir disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu.

    “Idea saya untuk beberapa buah filem di Mesir sangat terbatas malah ia merupakan satu idea yang tidak baik kerana kami dibuang tiga hari sebelum kami melakukan penggambaran dan terpaksa pergi ke Casablanca untuk perlindungan,” kata Saleh dalam satu temu bual di saluran YouTube dalam Festival Antarabangsa Munich.

    “Kami telah melakukan penggambaran di Mahgribi dan saya percaya, muzik turut menerima kesan yang sama terhadap fungsi penapisan ini nanti,” tambah Saleh lagi kepada wartawan media.

    Pada bulan Julai yang lalu, Cairokee, sebuah kumpulan yang popular berkata bahawa pihak berkuasa penapisan telah mengharamkan beberapa buah lagu dari album mereka ‘A Drop of White’ yang mengandungi seruan terhadap kebebasan politik.

    Tetapi lagu-lagu mereka itu tersebar meluas di web. Ketua mereka, Hany Shaker memberitahu Televisyen Al-Asssema bahawa Kesatuan mereka telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana mengandungi unsur-unsur pemujaan dan pada bulan April 2016, konsert band Sepultura dari Brazil dibatalkan dan penganjur acara Nader Sadek dipenjarakan kerana disyaki gagal mendapatkan permit lesen.

    “Peranan kami adalah sangat terhad dan keselamatan adalah faktor utama mendorong Mesir melakukan sedemikian rupa,” kata jurucakap sindiket Tarek Mortada mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda