Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ketiadaan Ancelotti beri kelebihan kepada Chelsea

    LONDON, 6 APRIL – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel (gambar-AFP) percaya potensi ketiadaan pengurus saingan, Carlo Ancelotti untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada hari ini akan memberikan sedikit kelebihan kepada pasukannya untuk mara ke suku akhir.

    Ancelotti diuji positif koronavirus minggu lalu dan tidak pergi ke London bersama seluruh skuad Madrid kelmarin.

    Tuchel mempunyai pengalaman langsung terlepas perlawanan penting kerana COVID-19, setelah dijangkiti virus tersebut sebelum separuh akhir Chelsea dalam Piala Dunia Kelab pada Februari lalu. Chelsea masih mara dan Tuchel berada di Abu Dhabi tepat pada masanya untuk membimbing The Blues menewaskan Palmeiras pada perlawanan akhir.

    Semasa ditanya sama ada potensi ketiadaan Ancelotti boleh menjejaskan Madrid, Tuchel berkata; “Saya cukup pasti dia boleh melakukan perbincangan pasukan dan berhubung dengan pemain tetapi ia akan menjadi lebih baik untuk berada di sana dan mempunyai pengaruh secara langsung.”

    Ancelotti yang berusia 62 tahun, yang menghabiskan dua tahun sebagai pengurus Chelsea, akan datang ke London untuk perlawanan di Stamford Bridge jika dia diuji negatif awal hari ini.

    Sementara itu, Tuchel berharap perkara tersebut berlaku, walaupun ia tidak akan memberi manfaat kepada pasukannya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...