Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ketiadaan pemain senior serlahkan generasi baharu

    KUALA LUMPUR, 27 APRIL – Ketiadaan pemain senior dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan Malaysia pada temasya Sukan SEA di Hanoi, bulan hadapan akan membuka peluang kepada generasi baharu menyinar, kata penyerang muda Malaysia, Muhd Hadi Fayyadh Abdul Razak.

    Beliau yang beraksi bersama kelab liga divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu berkata temasya sukan dwitahunan itu adalah pentas terbaik untuk barisan pemain muda menimba pengalaman bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

    “Ini juga bagus untuk persediaan ke Piala Asia B-23. Jadi saya rasa ini satu keputusan yang positif dilakukan jurulatih Brad (Brad Maloney),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-23 kebangsaan di Kompleks Sukan Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Bangi, malam tadi.

    Penyerang berusia 22 tahun tersebut yang mula menyertai pasukan semalam, antara 31 orang pemain yang disenaraikan Maloney ke kem latihan pusat menjelang Sukan SEA Hanoi dengan hanya 20 pemain terbaik akan dipilih menggalas cabaran negara.

    Menurut senarai dikeluarkan, tiada seorang pun pemain senior dipanggil meskipun Maloney mempunyai pilihan mendaftarkan dua pemain berumur lebih 23 tahun untuk menambah kekuatan pasukan bagi mengharungi saingan di Hanoi. 

    Tanpa khidmat pemain senior, Hadi Fayyadh optimis skuad kebangsaan mampu menempuh cabaran sengit bakal dihadapi kerana baginya pemain yang dipanggil memiliki kelebihan dan potensi masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...