Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketiadaan sementara Ron 97 di Stesen Pengalayan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) memaklumkan kepada orang ramai bahawa Stesen Minyak dan Perkhidmatan Pengalayan di Kampung Katok akan menjalani kerja-kerja pembaikan bermula 5 Disember ini.

    Atas kerja-kerja pembaikan ini, minyak Premium Ron 97 akan ditiadakan sementara di stesen tersebut sehingga makluman lanjut. Stesen itu akan dibuka seperti biasa untuk penjualan minyak lain seperti Diesel dan Regular Ron 85.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BSM, bagi pembelian minyak Premium Ron 97, pelanggan boleh pergi ke stesen alternatif lain berhampiran di kawasan tersebut seperti Pekan Muara Sdn Bhd, Stesen Minyak ITM Koperasi Ikatan Teluk Mewah, Mentiri dan Syarikat Kerjasama Stesen Minyak Persatuan TIBA (KOTIBA), Salambigar.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan BSM atau melayari laman web mereka.

    BSM memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang berlaku.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda